Alhamdulillah....!
Tak sangka sudah 10 Ramadhan dan aku masih sempat diizinkan olehNya untuk berpuasa.
Alhamdulillah, Aku masih bernafas menggunakan hidung dan menghirup udara segar dibumi yang Aman.
Alhamdulillah masih diberi penglihatan yang jelas untuk melihat wajah isteri yang disayang.
Alhamdulillah masih diberi keupayaan bercakap untuk membaca Al-Quran (Sahabatku)
Alhamdulillah masih diberi tangan untuk membelai kedua orang cahaya mata yang manja itu.
Alhamdulillah kerana diberi keupayaan utk melangkah ke masjid utk bertemuNya.
Alhamdulillah masih dipinjamkan pendengaran untuk mendengar ketawa anak-anak, rakan-rakan dan saudara-mara.
Alhamdulillah kerana Allah tidak henti-henti mencurahkan rezeki kepada ku, walaupun aku terkadang gagal dalam melaksanakan janjiku kepadaNya.
Alhamdulillah kerana Allah masih membenarkan aku mendapat doa dari seorang ibu.
Alhamdulillah kerana Allah masih membenarkan aku utk menerima ilmu-ilmu dunia dan akhirat.
Alhamdulillah kerana Allah membenarkan aku melaksanakan tugasku sekadar termampu demi mendapat rezeki yang halal.
Terlalu banyak rahmatMu terhadap ku Ya Allah.
Alhamdulillah, semoga sempat aku menyambut 1 Syawal 1433 Hijrah ini dengan semua rahmatMu ya Allah, bersama seluruh keluarga ku, bersama rakan-rakan ku, bersama jiran-jiran ku dan dalam keadaan aman bumi MALAYSIA ini
Amin...


