Aug 28, 2012

Aku kan pergi Bertemu kekasih abadi

Salam semua,

Lagu ini mengingatkan aku pada yang MAHA ESA, semakin aku hayati, semakin singkat aku rasa hidup ini. Entah esok atau lusa..mungkin dah tak dapat nak tulis dalam Blog nie.. Namun, semua kehendak tuhan, Tapi masih belum sempurna untuk aku tinggalkan dunia ini. Ada banyak lagi yg perlu aku sediakan, baik bekalan di sana nanti mahupun bekalan untuk orang yg bakal ditinggalkan nanti, jangan sampai menyusahkan mereka. Hmmm ... macamana nie.., 

Nak pergi pun takut dan serba-salah. Tak nak pergi pun tak boleh sebab dah ketentuan Qada' dan Qadar. 

Berdoa dan berusahalah modes operandi yg perlu aku lakukan supaya aku tinggalkan dengan sempurna dan tidak menyusahkan orang yang ditinggalkan.

Ya Allah, Bantulah insanMu yang lemah ini... Amin!

Jul 30, 2012

Alhamdulillah....!

Tak sangka sudah 10 Ramadhan dan aku masih sempat diizinkan olehNya untuk berpuasa.
Alhamdulillah, Aku masih bernafas menggunakan hidung dan menghirup udara segar dibumi yang Aman.
Alhamdulillah masih diberi penglihatan yang jelas untuk melihat wajah isteri yang disayang.
Alhamdulillah masih diberi keupayaan bercakap untuk membaca Al-Quran (Sahabatku)
Alhamdulillah masih diberi tangan untuk membelai kedua orang cahaya mata yang manja itu.
Alhamdulillah kerana diberi keupayaan utk melangkah ke masjid utk bertemuNya.
Alhamdulillah masih dipinjamkan pendengaran untuk mendengar ketawa anak-anak, rakan-rakan dan saudara-mara.
Alhamdulillah kerana Allah tidak henti-henti mencurahkan rezeki kepada ku, walaupun aku terkadang gagal dalam melaksanakan janjiku kepadaNya.
Alhamdulillah kerana Allah masih membenarkan aku mendapat doa dari seorang ibu.
Alhamdulillah kerana Allah masih membenarkan aku utk menerima ilmu-ilmu dunia dan akhirat.
Alhamdulillah kerana Allah membenarkan aku melaksanakan tugasku sekadar termampu demi mendapat rezeki yang halal.
Terlalu banyak rahmatMu terhadap ku Ya Allah.

Alhamdulillah, semoga sempat aku menyambut 1 Syawal 1433 Hijrah ini dengan semua rahmatMu ya Allah, bersama seluruh keluarga ku, bersama rakan-rakan ku, bersama jiran-jiran ku dan dalam keadaan aman bumi MALAYSIA ini

Amin...

Jul 4, 2012

Alhamdulillah... aku lulus CTFL


Alhamdulillah.... Hari aku rasa best sangat and bersyukur sangat, Pengorbanan aku x tengok FINAL euro amat berbaloi... Lega lulus.... and achieved la aku punya target nak ada CERT this year. 

Thank you to my wife yg support tolong jaga anak-anak, supaya aku boleh study. And thank to Irdyna and Dania yg tahu and paham, so derang tido awal sbb daddy nak study.

And, TQ to emak sebab doakan. Betul orang cakap, beruntung pada orang yg masih ada emak nie. Sbb doa emak untuk anak selalunya dimakbulkan... PAHAM..!!!

Alhamdulillah, TQ Allah.